PENDUDUK  Mohd Arief Affandi Ismail, 24 (dua kanan) membawa keluarganya keluar dari rumah menggunakan sampan selepas kawasan rumahnya dinaiki air di Kampung Nyatuh, Setiu pada 30 November. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
PENDUDUK Mohd Arief Affandi Ismail, 24 (dua kanan) membawa keluarganya keluar dari rumah menggunakan sampan selepas kawasan rumahnya dinaiki air di Kampung Nyatuh, Setiu pada 30 November. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
Isma Ismail


DUA daerah mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir manakala tiga daerah lagi membuka semula pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu berikutan hujan berterusan sejak pagi semalam.

Berikutan itu, 513 orang daripada 171 keluarga berada di 12 PPS sehingga 12 tengah malam tadi berbanding hanya 211 orang daripada 61 keluarga di enam PPS pada 8 malam tadi.

Marang dan Kuala Nerus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa manakala daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun membuka semula PPS di kawasan masing-masing.

Daerah Marang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 368 orang daripada 117 keluarga di empat PPS berbanding 176 orang daripada 51 keluarga di empat PPS sebelumnya.

Jumlah mangsa di Kuala Nerus pula meningkat daripada 14 orang di satu PPS kepada 35 orang daripada 10 keluarga di tiga PSS.

Satu PPS dibuka di Kuala Terengganu untuk menempatkan 41 orang daripada 14 keluarga manakala seramai 44 daripada 11 keluarga ditempatkan di satu PPS di Dungun selepas pusat itu beroperasi semula sejak 9 malam tadi.

Daerah Setiu yang menutup PPS petang semalam, kembali membuka dua PPS pada malam ini untuk menempatkan 61 orang daripada 13 keluarga.

Selain itu, daerah Besut yang masih dibuka satu pusat pemindahan di SK Tembila kekal dengan 21 orang daripada enam keluarga ditempatkan di pusat itu berbanding 8 malam tadi.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 1:00 AM