PENDUDUK meredah banjir untuk pulang ke rumahnya di Kampung Nyatoh, Setiu. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
PENDUDUK meredah banjir untuk pulang ke rumahnya di Kampung Nyatoh, Setiu. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
Zatul Iffah Zolkiply


JUMLAH mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan penurunan kepada 1,100 orang daripada 288 keluarga pada 12 tengah malam ini berbanding 1,260 orang daripada 293 keluarga, 7 malam tadi.

Semua mangsa ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 31 PPS di daerah Besut, Dungun, Setiu, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, jumlah mangsa di Besut menunjukkan penurunan apabila hanya 909 orang daripada 239 keluarga berada di 22 PPS berbanding 1,044 orang daripada 239 keluarga di 22 PPS.

Daerah Setiu kekal menempatkan 27 mangsa daripada lima keluarga di satu PPS manakala jumlah mangsa di Marang turut menurun kepada 41 orang daripada 12 keluarga di tiga PPS berbanding 48 orang daripada 14 keluarga di tiga PPS.

Jumlah mangsa di Dungun turut berkurang kepada 35 mangsa daripada sembilan keluarga di dua PPS berbanding 40 orang daripada 10 keluarga di dua PPS.

Mangsa banjir di Kuala Nerus menurun kepada 35 mangsa daripada sembilan keluarga di dua PPS berbanding 47 orang daripada 12 keluarga di dua PPS.

Jumlah mangsa di Kuala Terengganu juga menurun kepada 53 orang daripada 14 keluarga di dua PPS berbanding seramai 59 orang daripada 13 keluarga di satu PPS.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2017 @ 1:47 AM