Mangsa ditemui pada jarak 20 meter dari tebing.  FOTO Ihsan Bomba
Mangsa ditemui pada jarak 20 meter dari tebing. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


REMAJA lelaki yang hilang ketika menjala ikan bersama dua rakannya hari ini ditemui lemas di Sungai Rajang berhampiran Pangkalan Pekan Kanowit petang tadi.

Mayat Danny Manggie, 15, ditemui sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit jam 6.20 petang.

Mayat Danny Manggie,15, ditemui oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit jam 6.20 petang.

Komander Operasi Balai Bomba Bomba dan Penyelamat Kanowit Arrahman Chik berkata, mangsa ditemui pada jarak 20 meter dari tebing sungai.

Menurutnya, mangsa ditemui selepas lima jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan hari ini.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit itu ke sungai berkenaan bersama dua rakan sebayanya untuk memasang pukat pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Selepas selesai memasang pukat, dua rakan lelakinya naik ke tebing untuk pulang ke rumah sementara menunggu hasil tangkapan mereka, bagaimanapun mangsa terus mandi di sungai berkenaan sebelum mangsa dibawa arus.

Rakan mangsa cuba membantu, bagaimanapun gagal apabila mangsa terus dihanyutkan ke tengah sungai sebelum tenggelam.

Operasi SAR dilancarkan pada jam 1.18 petang hari ini selepas pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kanowit sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2017 @ 10:02 PM