Anggota bomba mengusung mayat Mohd Haniff yang juga anggota PGA  selepas ditemui lemas di Sungai Pengkalan Datu, Kampung Pulau Belacan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
Anggota bomba mengusung mayat Mohd Haniff yang juga anggota PGA selepas ditemui lemas di Sungai Pengkalan Datu, Kampung Pulau Belacan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
Mayat Mohd Haniff yang juga anggota PGA ditemui lima meter dari lokasi dia lemas. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
Mayat Mohd Haniff yang juga anggota PGA ditemui lima meter dari lokasi dia lemas. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
Hazira Ahmad Zaidi


ANGGOTA Pasukan Gerakan Am (PGA) berusia 34 tahun lemas ketika mencari kepah bersama dua rakannya di Sungai Pengkalan Datu, Kampung Pulau Belacan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini.

Mangsa, Mohd Haniff Hassan ditemui pada 5.37 petang dalam jarak lima meter dari lokasi dia lemas selepas satu jam operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fakri Mazlan berkata, sebelum kejadian mangsa bersama rakannya mencari kepah di sungai itu pada 2.30 petang sebelum air pasang setinggi 0.5 meter.

"Mangsa bersama rakannya mencari kepah di sungai hanya berjalan kerana air pada waktu itu hanya 0.2 meter sebelum air pasang besar.

"Mangsa berenang untuk ke darat yang hanya 15 meter dari jarak lokasinya mencari kepah, manakala rakannya masih meneruskan aktiviti mencari kepah.

"Bagaimanapun, usaha mangsa tidak berjaya apabila dia lemas,”€ katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan jam 4.22 petang.

"Seramai 14 anggota ke lokasi kejadian termasuk empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), lima anggota BBP Pengkalan Chepa dan lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sebelum dituntut ahli keluarga,”€ katanya.

Sementara itu, rakan mangsa, Mohamad Noor Jaafar, 42, berkata, sebelum kejadian mangsa ingin naik ke darat terlebih dahulu dan ketika itu air mulai pasang.

"Sebelum mangsa berenang, saya terdengar dia memanggil nama saya sebanyak dua kali dan sebaik berpaling dia sudah tenggelam.

"Saya dan seorang lagi tak mampu berbuat apa-apa dan terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2017 @ 7:55 PM