MUHD Hafizuddin kini terlantar di rumahnya.
MUHD Hafizuddin kini terlantar di rumahnya.
HM Digital

Sungai Petan: “Sejak usia empat tahun lagi dia kerap muntah, tetapi saya anggap ia perkara biasa, mungkin sebab masalah cacing dialami kebanyakan kanak-kanak seusianya. Namun, sebaliknya ia petanda anak saya menghidap kanser otak.

Begitu kata Husna Naut, 43, dari Sungai Lalang, di sini, mengenai anaknya, Muhd Hafizuddin Alias, 11, yang menderita kanser otak hingga kerap mengetuk kepalanya sendiri dengan tangan.

“Disebabkan bimbang melihat dia kerap mengetuk kepala, pada usianya tujuh tahun kami membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak,” katanya.

Husna berkata, kini anaknya yang juga murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terlantar dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga.

“Doktor mengesahkan sel kanser sudah merebak ke pusat otak Hafizuddin. Tahap kesihatannya juga semakin merosot dan dia tidak mampu berjalan lagi selain percakapannya juga makin sukar untuk difahami,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akuan CIMB Husna Naut 7615305034 atau menghubunginya di talian 0124159290.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2017 @ 6:22 AM