PENJAGA gawang negara, Hafizuddin. FOTO FIH
PENJAGA gawang negara, Hafizuddin. FOTO FIH
Jugjet Singh


Bhubaneswar: Setiap pemain skuad hoki negara mempunyai detik-detik gemilang mereka dalam perlawanan yang menyakitkan menentang Sepanyol semalam, tetapi penjaga gol, Hafizuddin Othman berhak mendapat pujian tambahan.

Bermain dalam Piala Dunia pertamanya pada usia 31 tahun, menyaksikan dia berjaya meletakkan Malaysia dalam kedudukan terbaik ke suku akhir sehinggalah dia ditumpaskan melalui pukulan tinggi shoot out sudden death.

Dia beraksi hebat di gawang, sehingga penjaga gol kedua, Adrian Andy Albert masih belum mendapat sebarang peluang bermain dalam Piala Dunia.

Hafizuddin dan pelari pertamanya menyelamatkan kesemua lapan pukulan sudut penalti yang diraih Sepanyol.

Bagaimanapun satu pukulan sudut penalti sebelum ditukar kepada pukulan penalti stroke dan menyaksikan Hafizuddin akhirnya ditumbangkan.

"Selama 60 minit, saya dan pemain pertahanan saya mencapai sasaran apabila kami menghalang jaringan lawan walaupun Sepanyol membuat tekanan penuh pada minit-minit akhir perlawanan.

"Dan apabila ia masuk ke shoot out, sasaran peribadi saya adalah untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga percubaan Sepanyol tetapi malangnya saya hanya dapat menyelamatkan dua.

"Dan dalam shoot out sudden death, saya melihat bola dan berasa mampu menyelamatkannya, tetapi pemain Sepanyol itu mengambil risiko dengan melakukan pukulan tinggi dan saya tidak dapat mencapainya," kata Hafizuddin.

Jurulatih penjaga gol, S Kumar berkata, Hafizuddin bermain seperti pemain pro dalam semua empat perlawanan walaupun ia adalah Piala Dunia sulungnya.

"Hafizuddin bertahan dengan baik dalam keempat-empat perlawanan dan aksi tangkasnya membuatkan seluruh pasukan lebih yakin untuk mara ke hadapan dan memenangi perlawanan.

"Malangnya perlawanan Sepanyol itu diheret penalti shoot out dan membuka peluang kemenangan kepada sesiapa sahaja.

"Walaupun begitu, Hafizuddin menyelamatkan dua pukulan dalam shoot out dan dari tepi padang, saya amat berbangga dengan ketangkasannya," kata Kumar yang mengawal gawang Malaysia pada Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2023 @ 3:13 PM