Hafidzul Hilmi Mohd Noor

hafidzul@hmetro

TEMPOH tahanan reman jurulatih Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol terhadap atlet dilanjutkan sehingga 11 Oktober depan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa berkata, reman disambung bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan lanjut selepas tempoh reman sebelum ini yang bermula Selasa lalu berakhir semalam.

Pada 2 Oktober lalu, jurulatih berusia 35 tahun itu ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Sri Petaling pada 12.30 tengah hari selepas dipercayai merogol atlet wanita.

Suspek yang berasal dari China dan berstatus taraf penduduk tetap (PR) ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Difahamkan, suspek ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis Ahad lalu.

Berita berkaitan:

Jurulatih renang direman 7 hari

Dirogol dua kali sejak 2106?

[UPDATE] Jurulatih renang ditahan

Atlet dakwa dirogol jurulatih

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2017 @ 4:20 PM