Wan Rosdy (dua kanan) tertarik dengan Balai Bomba dan Penyelamat Ringlet, Cameron Highlands selepas merasmikannya bersama Wan Mohd Noor (kanan). FOTO Effendy Rashid
Wan Rosdy (dua kanan) tertarik dengan Balai Bomba dan Penyelamat Ringlet, Cameron Highlands selepas merasmikannya bersama Wan Mohd Noor (kanan). FOTO Effendy Rashid
Farah Suhaidah Othman


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami kesukaran untuk mengesan maahad tahfiz tidak berdaftar di seluruh negara bagi memastikan keselamatan pusat tahfiz itu mencapai piawaian ditetapkan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, berikutan tiada maklumat lengkap berhubung maahad tahfiz yang tidak berdaftar, semua pihak terutama Jabatan Agama Islam diminta menyalur maklumat berhubung perkara itu kepada JBPM.

Katanya, maklumat itu penting bagi memastikan insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Keramat, Kuala Lumpur yang meragut 23 nyawa tidak berulang.

“€œDiakui kita memang mengalami kesukaran berikutan senarai maahad yang tidak berdaftar tiada dalam rekod Jabatan Agama Islam dan sememangnya kita memerlukan masa untuk mencari maklumat itu.

“Kalau berdaftar tiada masalah sangat sebab sebelum mendaftar, mereka datang kepada kita dan salah satu syarat untuk pendaftaran ialah mesti dapat kelulusan bomba.

“€œBagi yang tidak berdaftar, kita terpaksa cari dan mungkin kita minta orang ramai yang mengetahui ada pusat tahfiz di kawasan mereka supaya memaklumkan kepada kita untuk kita lakukan pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ringlet, Cameron Highlands hari ini yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Mohd Nor berkata, pihaknya menjangkakan mengambil tempoh kira-kira sebulan untuk membuat pemeriksaan terhadap semua maahad tahfiz berdaftar di seluruh negara.

“€œPada masa yang sama kita akan memberi maklum balas kepada K abinet berhubung permasalahan yang dihadapi dari masa ke semasa, “ katanya.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2017 @ 3:44 PM