Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) Seremban parah manakala tiga cedera ambulans dinaiki dirempuh kereta di Bukit Putus, Jalan Seremban-Kuala Pilah, Seremban, hari ini.

Jurucakap APM berkata, ambulans berkenaan dalam perjalanan untuk membantu mangsa kemalangan di kawasan lain, pada kira-kira 2 petang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, kenderaan itu membuat pusingan U sebelum Perodua Myvi dari arah Kuala Pilah merempuhnya dari belakang.

"Akibatnya, pemandu ambulans berusia 30-an itu parah manakala tiga anggota cedera. Kesemua mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 September 2017 @ 5:11 PM