GAMBAR kecil memaparkan pekerja Alam Flora melakukan kerja pembersihan selepas banjir kilat di Jalan Kuching. FOTO Aswadi Alias
GAMBAR kecil memaparkan pekerja Alam Flora melakukan kerja pembersihan selepas banjir kilat di Jalan Kuching. FOTO Aswadi Alias
Nurul Hidayah Bahaudin


HUJAN lebat hampir sejam menyebabkan banjir kilat di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, kira-kira 6 petang, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Zamani Ismail berkata pemeriksaan di lokasi terbabit mendapati banjir kilat sudah surut, pada 6.45 petang.

"Hujan lebat bermula antara 5 hingga 6 petang. Menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Batu yang menyebabkan banjir di Jalan Kuching.

"Bagaimanapun, air mula surut 15 minit kemudian dan tiada laluan ditutup berikutan banjir kilat berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 10:00 PM