Seorang mangsa diberi rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital. - Foto Ihsan Bomba
Seorang mangsa diberi rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


WANITA berusia 23 tahun maut manakala bayi perempuannya berusia sebulan, parah apabila kereta Proton Saga dinaiki mereka bertembung dengan pikap Isuzu Dmax di Jalan Bakam, Miri, malam tadi.

Dalam kejadian 7.05 malam itu, Fatin Liyana Jafri disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala bayinya, Aifa Fhanieyra Aqilla Muhammad Adeni Jeludin, masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Miri.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Deputi Superintendan Bing Kok John berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu suami mangsa, Muhammad Adeni Jeludin Abdullah, 22, cuba memotong motosikal, terbabas memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, kereta berkenaan kemudian bertembung dengan Isuzu Dmax dipandu wanita berusia 50 tahun.

“Mangsa dan suami yang tersepit, berjaya dikeluarkan pihak bomba dan orang awam," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2017 @ 11:18 AM