HISHAMMUDDIN (tengah) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kiri). FOTO Rosdan Wahid
HISHAMMUDDIN (tengah) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kiri). FOTO Rosdan Wahid
Mohd Nasif Badruddin


KEMENTERIAN Pertahanan akan menyiasat secara terperinci punca nahas pesawat Hawk 108 yang mengorbankan dua juruterbang semalam dan keutamaan kini membantu keluarga mangsa.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penggantungan operasi pesawat jenis itu sehingga siasatan selesai adalah prosedur biasa dalam mana-mana nahas membabitkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Pesawat Hawk 108 ini baru selesai servis penyelenggaraan penuh dan sudah dua kali terbang.

"Jadi masih terlalu awal untuk buat sebarang kesimpulan," katanya dalam sidang media Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Hishammuddin, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Afandi Raja Mohamed Noor.

Hishammuddin berkata, pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan beliau akan menziarahi mereka dalam masa terdekat.

Katanya, beliau akan meneliti keperluan keluarga terbabit dan mereka kini memerlukan sokongan serta semangat dan sebab itu timbalan beliau Datuk Seri Johari Baharom serta Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang tiada dalam majlis hari ini kerana menghadiri majlis pengebumian dua juruterbang terbabit.

Beliau berkata, kehilangan pesawat terbabit tidak menjejaskan operasi TUDM kerana mereka masih mempunyai pelbagai aset lain.

"Jangan kerana satu insiden ia menjejaskan kredibiliti dan kemampuan pesawat.

"Daripada maklum balas TUDM, mereka berpuas hati dengan pesawat berkenaan dan masih banyak negara menggunakannya," katanya.

Dua juruterbang TUDM, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi semalam, sebelum terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Mayat mereka ditemui 2.30 petang semalam dengan payung terjun masing-masing dalam jarak 20 meter antara satu sama lain.

Update nahas Hawk 108

Berita berkaitan

Semoga arwah tenang di sana... [METROTV]

Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]

Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang

Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Tolong hormati keluarga mangsa

Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA

Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 2:47 PM