Mohd Said keluar dari kawasan operasi pencarian pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas dan menyebabkan 2 juruterbang terbunuh di Kampung Yak Yah. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Mohd Said keluar dari kawasan operasi pencarian pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas dan menyebabkan 2 juruterbang terbunuh di Kampung Yak Yah. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Zatul Iffah Zolkiply dan Shamsudin Husin


SERPIHAN pesawat Hawk 108 yang terhempas di Kampung Yak Yah, Jalan Ibok-Chukai, Kemaman semalam, ditemui terbenam di kawasan berpaya.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, serpihan pesawat itu ditemui pada jarak 100 hingga 150 meter dari lokasi mayat dua pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, ditemui semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati serpihan itu menyerupai pesawat Hawk 108 yang terhempas semalam.

"Ia ditemui 10 orang anggota penyiasat yang melakukan siasatan di kawasan berpaya itu pada jarak 400 meter dari jalan raya.

"Kita sudah pantau kawasan berkenaan dengan menempatkan anggota untuk mengawal tempat berkenaan bagi membolehkan TUDM menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Difahamkan disebabkan serpihan pesawat itu terbenam di kawasan berpaya, kerja mengeluarkannya berdepan kesukaran.

Malah, kotak hitam juga belum ditemui.

Semalam, dua juruterbang maut selepas pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi semalam, sebelum terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Mayat ditemui 2.30 petang dengan payung terjun masing-masing dalam jarak 20 meter antara satu sama lain.

Update nahas Hawk 108

Berita berkaitan

'Pelik Allahyarham tak suruh kemas beg'

Dah jumpa lokasi Hawk 108?

Hawk 108 baru selesai servis penyelenggaraan

Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]

Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang

Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Tolong hormati keluarga mangsa

Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA

Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan



Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 6:59 PM