Antara gamat hidup yang dirampas. FOTO Ihsan APMM
Antara gamat hidup yang dirampas. FOTO Ihsan APMM
Isma Ismail


TEKONG dan empat awak-awak Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana menangkap gamat kira-kira 26 batu nautika dari Kuala Kemaman, pagi Rabu lalu.

Mereka itu ditahan pada 10.30 pagi ketika kapal ronda APMM Kemaman sedang menjalankan rondaan rutin Ops Perkasa Timur di kawasan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) perairan Terengganu.

Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Mohd Harmizi Md Nor berkata, bot nelayan asing itu ditahan selepas dikejar hampir satu jam ketika mereka cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran bot ronda APMM.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap bot berkenaan ditemui sebanyak 50 kilogram gamat hidup dan peralatan menangkap hidupan laut terbabit.

Katanya, nelayan Vietnam berusia antara 26 hingga 57 tahun berkenaan bersama bot yang digunakan kemudiannya ditunda ke Jeti Pangkalan Maritim Kemaman untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2017 @ 9:23 PM