ISMAIL  merasmikan majlis pelepasan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama.
ISMAIL merasmikan majlis pelepasan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama.
Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 hingga 2016 yang ‘tercicir’ melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi negara berpeluang mendapatkan surat tawaran pengajian serta-merta, Sabtu ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, surat tawaran serta-merta itu akan diberikan kepada mereka yang membuat permohonan pada program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 di Padang Majlis Daerah Bera, Pahang.

“Untuk permohonan bagi kemasukan kategori pendidikan berbentuk teknikal dan vokasional (TVET), mereka hanya perlu isi borang dan terus dapat surat tawaran serta-merta di situ.

“Cuma untuk permohonan kemasukan ke universiti awam (UA), sebanyak 20 UA yang mengambil bahagian akan kumpulkan dulu borang permohonan untuk diteliti sebelum memberi jawapan dalam waktu terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Skuad Konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 di Sri Pentas, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Induk JPB 2017, Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2017 @ 6:44 AM