KEADAAN van mangsa yang terlanggar lopak air.
KEADAAN van mangsa yang terlanggar lopak air.

Kuantan: Seorang wanita menjalani rawatan pemulihan dadah terbunuh apabila van Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dinaikinya terbabas selepas terlanggar lopak air di Kilometer 238 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Bukit Goh,
di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, Suriani Shamsuddin, 36, dari Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang parah ialah kakitangan AADK, Siti Dahlia Daud, 36, Muhammad Noor Asyraf Mizlan, 32, yang juga pemandu van dan Murni Daud, 29.

Difahamkan, Suriani ditahan mengikut Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemuliharaan) 1983.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian mangsa bersama tiga kakitangan AADK dalam perjalanan ke Pusat Pemulihan Narkotik Bachok, Kelantan, dari Kuala Lumpur.

“Kejadian berlaku apabila van dipandu Muhammad Noor Asyraf terlanggar lopak air lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh besi sebelum terbalik ke dalam longkang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 5:28 AM