RUSLI
RUSLI
myMetro

Kuala Lumpur: Jenayah siber di negara ini meningkat kepada 9,085 kes tahun lalu berbanding 6,337 kes pada 2014 membabitkan kerugian RM179.3 juta dan RM161.8 juta.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Rusli Ahmad berkata, trend itu menunjukkan peningkatan yang mencatatkan 5,785 kes dengan kerugian RM119.7 juta daripada Januari hingga Jun 2016.

“Ia akibat tindakan tidak bertanggungjawab individu menyalahgunakan media sosial bagi tujuan jenayah, keganasan, menghasut, membangkitkan kebencian dan ketakutan kepada masyarakat.

“Kemunculan jenayah baharu melalui media sosial kian berleluasa. Jenayah berasaskan komputer seperti Macau Scam, African Scam dan pelbagai scam lagi memerlukan kepakaran khas pihak berkuasa menyiasat dan menuduh pesalah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 8:33 AM