Muhammad Saufi Hassan


Pengeluar perkakas pintar, Apple memperkenalkan HomePod dan HomePod mini untuk pasaran tempatan bermula 10 Mei ini.

  Menerusi pengenalan sistem audio pintar berkenaan, pengguna dapat menikmati kualiti bunyi yang tiada tandingan sekali gus memberikan pengalaman baharu dalam bunyi audio atau kandungan penstriman lain.

  Penganalan HomePod Generasi Kedua dan HomePod mini berkenaan akan memberi definisi baharu dalam keupayaan audio di rumah dengan komputasi audio lanjutan.

  Pengguna HomePod dan HomePod mini boleh mendengar katalog lebih 100 juta lagu dengan Apple Music, menikmati audio yang memenuhi bilik dengan satu pembesar suara, dalam pasangan stereo dan menggunakan audio berbilang bilik atau cipta pengalaman teater rumah yang menawan dengan Apple TV 4K. 

  Pengguna boleh mengakses pelbagai pengetahuan muzik dan mencari mengikut artis, lagu, lirik, dekad, genre, mood atau aktiviti.

  Padat dengan inovasi dan kecerdasan Siri, kedua-dua pembesar suara menyediakan cara yang mudah untuk mengurus tugas harian dan mengawal rumah pintar. 

  Pengguna boleh membuat automasi rumah pintar menggunakan Siri, mendapatkan pemberitahuan apabila penggera asap atau karbon monoksida dikesan di rumah mereka, menyemak suhu dan kelembapan di dalam bilik dan menggunakan Interkom untuk menghantar pengumuman ke seluruh rumah secara 'handsfree'.

  HomePod menyampaikan kualiti audio yang padat serta jelas, dengan kedalaman bass dan frekuensi tinggi yang menakjubkan, termasuk sokongan untuk trek Audio Reruang (Audio Spatial) yang mengasyikkan.

  Menerusi rekaan khas, 'woofer' berkenaan dilengkapi dengan diafragma 20 milimeter (mm) bersama mikrofon bass-EQ terbina termasuk susunan lima 'tweeter' yang membentuk pancara di sekeliling.

  Kaedah itu meningkatkan pengalaman akustik selain digabungkan bersama cip S7 dan teknologi penderiaan sistem untuk menawarkan audio yang lebih maju.

  Bagi pengguna di negara ini, tanda harga untuk HomePod (Generasi Kedua) adalah RM1,549 dan HomePod mini adalah RM529.

  

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2024 @ 1:53 PM