SUPERINTENDAN Gan Chip Pho (kanan) dan Deputi Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin (kiri) menunjukkan sistem aplikasi pelbagai guna, ‘Mobilecops’  digunakan anggota polis trafik bagi melakukan semakan butiran maklumat dan kesalahan pengguna jalan raya.

myMetro

Seremban: Lelaki berusia 20-an antara pemandu degil yang disaman kerana menggunakan laluan kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan di sini, kelmarin.

Lelaki terbabit yang memandu Perodua Myvi turut didapati memandu tanpa lesen ketika pemeriksaan dilakukan anggota trafik pada Ops Selamat 9/2016.

Pada Ops Selamat 9 itu, 68 saman dikeluarkan sepanjang dua hari ia berlangsung.

Pegawai Turus Trafik Bukit Aman Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, daripada jumlah itu, 55 saman dikeluarkan kerana kesalahan menggunakan laluan kecemasan.

“Kebanyakan saman dikeluarkan pada Sabtu untuk laluan Seremban ke Tangkak, Johor bagi arah selatan dan Pagoh ke Senawang, negeri Sembilan bagi arah utara.

“Walaupun pelbagai nasihat disampaikan kepada pemandu, ramai yang degil dan tidak menghiraukannya,” katanya.

Mustafa Bakri berkata, Ops Selamat akan diteruskan bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya dan melancarkan perjalanan trafik.

Operasi yang dijalankan di sepanjang lebuh raya di seluruh negara akan diteruskan ke Pantai Timur.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 9:48 AM