NORDIANA menunjukkan ijazah dan kad pelajar arwah suaminya.
NORDIANA menunjukkan ijazah dan kad pelajar arwah suaminya.
Oleh Raja Noraina Raja Rahim


Nilai : “Saya dan suami menyimpan impian untuk bersama-sama menyambung pengajian peringkat sarjana selepas ini, tetapi impian itu tidak kesampaian kerana dia sudah meninggalkan saya,” kata Nordiana Abdullah, 34.

Nordiana melangkah naik ke pentas Dewan Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada istiadat Konvokesyen ke-13, semalam tanpa mengenakan jubah konvokesyen seperti graduan lain.

Dia menerima ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian (Bahasa Inggeris) mewakili arwah suaminya, Mohamad Lokman Bujang, 38, yang meninggal dunia pada 11 Mei lalu akibat sakit jantung.

Menurutnya, arwah suaminya disahkan menghidap sakit jantung pada Disember tahun lalu dan sepanjang tempoh itu, keadaannya semakin serius hingga dimasukkan ke hospital.

“Dia seorang yang kuat semangat meskipun berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), tetapi dia tetap berusaha menyiapkan tesisnya. Saya memberikan semangat dan dorongan supaya dia tabah dan berusaha menamatkan pengajiannya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:07 AM