ANGGOTA PBS Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas memeriksa peralatan jentera bagi memastikan ia dalam keadaan baik.
ANGGOTA PBS Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas memeriksa peralatan jentera bagi memastikan ia dalam keadaan baik.
Oleh Zulfa Mohamad

Kepala Batas: Masjid Al-Jamiul Badawi di sini menjadi perintis kepada penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di negara ini bagi memudahkan operasi memadam kebakaran dan usaha menyelamat.

Masjid itu juga yang pertama di negeri ini menubuhkan PBS sendiri dari keseluruhan 34 PBS di Pulau Pinang.

Pasukan berkenaan yang ditubuhkan sejak 2008 dan mula aktif pada 2011 kini boleh memberi perkhidmatan dengan lebih berkesan berikutan menerima sebuah jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang (JBPPP), semalam.

Pengerusi PBS Masjid Al-Jamiul Badawi Mohd Hilmi Basarudin berkata, pasukan berkenaan mempunyai 20 anggota yang sentiasa bersiap sedia menjalankan operasi memadam kebakaran dan menyelamat.

Katanya, penubuhan PBS masjid adalah cetusan idea Pengerusi Kariah Datuk Arshad Zakaria yang mahu mempelbagaikan fungsi masjid selain memberi khidmat sosial kepada masyarakat.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2015 @ 5:17 AM