Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen sah ke sekolah bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk saman maksimum RM300 dalam Op Roda mula dilancarkan seluruh negara semalam.

Ketua Trafik Pasukan Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, Op Roda akan memberi tumpuan kepada penunggang dan pemilik motosikal yang menyumbang kes kemalangan tertinggi menerusi Ops Selamat sebelum ini.

“Op Roda juga akan memberi tumpuan di kawasan sekolah bagi mengesan kumpulan pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen sah.

“Ibu bapa yang membenarkan anak mereka berbuat demikian selain melanggar undang-undang lalu lintas akan berdepan hukuman berat,” katanya.

Menurutnya, polis tidak teragak-agak menyita motosikal berkenaan selain mengeluarkan saman maksimum kepada ibu bapa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 8:21 AM