AKTIVITI ternakan ikan dalam sangkar perlahan berikutan beberapa siri penculikan di Sabah.
AKTIVITI ternakan ikan dalam sangkar perlahan berikutan beberapa siri penculikan di Sabah.

Kunak: “Kami lega apabila mengetahui majikan (Chan Sai Chiun) selamat dibebaskan,” kata pekerja ternakan ikan dalam sangkar milik lelaki itu, Amatsyah Abdullah, 29, ketika ditemui di Kampung Sapang Air, semalam.

Menurutnya, berita gembira itu dimaklumkan sendiri isteri majikannya, Chin Pek Nyen, 42, melalui SMS jam 7 malam kelmarin.

“Saya dimaklumkan oleh isteri majikan mengatakan suaminya (Chan) sudah dibebaskan daripada tawanan kumpulan penculik.

“Difahamkan majikan dibawa ke Sandakan untuk pemeriksaan kesihatan.

“Dia (Chan) seorang majikan yang baik dan tidak sombong dengan pekerja,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di kawasan penternakan itu mendapati keadaan semakin terkawal dengan kehadiran bot pasukan keselamatan yang mengawal keadaan di kawasan itu.

Menurut Amatsyah, sejak kehadiran pasukan keselamatan yang sering meronda di kawasan berkenaan, mereka tidak bimbang mengenai keselamatan ketika bekerja.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 8:47 AM