GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhammad Saufi Hassan


Syarikat peneraju teknologi terkemuka, Apple memperkenalkan program 'bertemu dengan pakar Apple' iaitu satu bentuk pendekatan sumber global baharu untuk komuniti pembangun Apple.

  Ia bertujuan untuk mengenal pasti dan mengambil bahagian dalam sesi bengkel, makmal dan perundingan dengan mudah.

  Sumber khusus ini akan menyediakan akses serta panduan kepada pembangun tentang teknologi Apple terkini untuk meningkatkan aplikasi dan permainan.

  Bermula hari ini, pembangun boleh memilih daripada lebih 50 sesi yang ditawarkan dalam talian atai bersemua untuk menerima akses terus kepada pakar Apple bagi mendapatkan pandangan, sokongan serta maklum balas.

  Sesi ini merangkumi pelbagai topik termasuk cerapan mendalam dalam sistem operasi peranti iaitu iOS 17, iPadOS 17, watchOS 10 dan visionOS serta ciri App Store.

  Manfaat ini percuma bagi pembangun Apple, sumber boleh diakses di seluruh dunia yang menawarkan pelbagai aktiviti.

  Bertemua dengan pakar Apple ini dapat mengembangkan sumber percuma sedia ada yang ditawarkan kepada komuniti pembangun global dan satu evolusi hebat pelaburan yang tersedia untuk membantu pembangun lebih berjaya.

  Sehingga kini, siri maklumat seperti Ask Apple, sesi perjumpaan dengan pakar App Stora dan perbincangan teknologi sudah menyediakan pembangun dengan beratus pembentangan langsung dan sesi konsultasi bersemuka.

  Pada masa sama, App Store menghubungkan perniagaan daripada semua jenis lebih 650 juta orang merentasi 175 wilayah setiap minggu dan Apple turut menyediakan pelbagai jenis alatan canggih serta sokongan menyeluruh untuk pembangun.

  Ia turut merangkumi satu set teknologi serta rangka kerja percuma dan kit pembangunan perisian (SDK) dan perkhidmatan pembangun dengan lebih daripada 250,000 API.

  Pembangun juga boleh mengakses lebih daripada 40 kit pembangunan perisian Apple yang membolehkan mereka memanfaatkan kuasa pembelajaran mesin, realiti tambahan dan teknologi termaju lain serta lebih 170,000 dokumen teknikal percuma serta kod sampel.

  Secara puratanya, pasukan semakan aplikasi khusus Apple melihat dengan teliti lebih 100,000 penyerahan aplikasi seminggu dengan 90 peratus daripada mereka menerima semakan dalam masa 24 jam.

  Pada tahun lalu, semakan aplikasi membantu lebih daripada 185,000 pembanguna menerbitkan aplikasi pertama mereka di App Store.

  Pelaburan ini membantu komuniti pembangun Apple terus mencapai tahap baharu dengan pembangun menjana jumlah bil dan jualan lebih RM4 trilion dalam ekosistem App Store pada tahun 2022, lebih daripada 90 peratus daripadanya terakru semata-mata kepada pembangun, tanpa sebarang komisen dibayar kepada Apple.

#kw Apple, pembangun

Tamat

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 September 2023 @ 4:47 PM