GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhammad Saufi Hassan

 

 

Syarikat pengeluar peranti pintar terkemuka, Apple dilaporkan sedang membangunkan teknologi realiti maya (VR) serta 'Augmented Reality' (AR).

  Walaupun projek berkenaan masih dirahsiakan oleh Apple, namun khabar angin menyatakan bahawa projek berkenaan sedang diselia oleh bekas ketua perkakasan Apple iaitu Dan Riccio.

  Berdasarkan satu laporan portal teknologi terkemuka menyatakan bahawa Ricc io sedang membangunkan 'satu teknologi baharu' untuk Apple.

  Pembangunan teknologi yang dikatakan adalah AR serta VR itu akan memasuki pasaran pada tahun depan.

  Terdapat beberapa laporan sebelum ini menyatakan bahawa Apple sedang membangunkan teknologi berkenaan dan pastinya ia satu projek besar untuk syarikat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2021 @ 3:25 PM