ROG Strix GeForce RTX 4060Ti 8GB GDDR6 OC Edition didatangkan dengan teknologi DLSS 3 bersama padanan termal yang lebih baik.
ROG Strix GeForce RTX 4060Ti 8GB GDDR6 OC Edition didatangkan dengan teknologi DLSS 3 bersama padanan termal yang lebih baik.
Muhammad Saufi Hassan


PENGELUAR cip pemproses grafik (GPU) terkemuka, Nvidia GeForce melancarkan variasi baharu kad grafik mereka daripada RTX 4060 Ti yang mempunyai kapasiti video (VRAM) 12GB sesuai untuk kepenggunaan tinggi pada masa kini.

Sesuai dengan perubahan kepenggunaan, kad grafik yang mempunyai kapasiti memori lebih besar mampu melaksanakan pelbagai tugasan khususnya untuk suntingan video resolusi 4K selain daripada

'perkakas syurga' untuk kaki 'gamers.'

Pada masa sama, jenama pengeluar perkakas kelas permainan terkemuka iaitu Republic of Gamers (ROG) turut melancarkan GPU berkenaan dengan talaan kuasa prestasi lebih baik khusus untuk kepenggunaan kelas prestasi.

Untuk barisan GPU berkenaan, Asus ROG memperkenalkan empat edisi masing-masing daripada RTX 4060Ti serta RTX4060 dengan variasi iaitu daripada ROG Strix OC Edition dan edisi standard untuk kedua-dua generasi itu.

Menyentuh aspek spesifikasi untuk ROG Strix GeForce RTX 4060Ti 8GB GDDR6 OC Edition, ia didatangkan dengan teknologi DLSS 3 bersama padanan termal yang lebih baik.

Generasi ini juga adalah daripada Generasi Keempat 'Tensor Cores' yang memberikan lebih empat kali prestasi bersama DLSS 3 selain Generasi Ketiga 'Ray Tracing' dengan prestasi lebih dua kali ganda.

Sesuai dengan kad grafik kelas prestasi, ia didatangkan dengan pelindung belakang yang direka khusus untuk memastikan penyuraian haba yang lebih bagi bagi penggunaan tempoh panjang.

Untuk OC Edition, prestasi biasa adalah pada 2685MHz manakala untuk talaan ia mampu mencapai 2715MHz tanpa sebarang masalah.

ASUS ROG memperkenalkan empat edisi masing-masing daripada RTX 4060Ti serta RTX4060.
ASUS ROG memperkenalkan empat edisi masing-masing daripada RTX 4060Ti serta RTX4060.

Berdasarkan ujian penulis, kad grafik generasi ini mampu untuk menghadapi pelbagai tugasan kompleks seperti sintesis animasi serta video resolusi tinggi bersama pengubahsuaian tetapan grafik yang tinggi.

Boleh dikatakan kad grafik ini mampu untuk memberikan kadar segar semula (FPS) yang baik untuk resolusi 1440p manakala ia kurang sesuai untuk resolusi 4K.

Penulis yang mencuba kad grafik ini untuk permainan seperti Modern Warfare 2 Warzone juga mendapati bacaan FPS stabil pada tahap 80 hingga 90FPS tanpa sebarang masalah.

Secara keseluruhannya, kad grafik daripada generasi RTX 4060Ti keluaran ROG ini mampu untuk menggalas tugasan kompleks di samping memberikan kesan grafik yang baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2023 @ 6:30 AM