JIKA melihat kepada pecahan kedudukan negara pula, Malaysia menduduki tangga kesembilan dengan purata setiap individu melihat skrin telefon pintar adalah empat jam 49 minit.
JIKA melihat kepada pecahan kedudukan negara pula, Malaysia menduduki tangga kesembilan dengan purata setiap individu melihat skrin telefon pintar adalah empat jam 49 minit.
Muhammad Saufi Hassan


KEBERGANTUNGAN manusia dengan peranti pintar pada hari sudah begitu signifikan dan peranti berkenaan bukan lagi peralatan telekomunikasi konvensional sebaliknya menjadi perkakas penting untuk tugasan harian.

Kumpulan pejabat, tugasan, maklumat terkini dan bermacam lagi hanya boleh diakses dengan mudah menerusi peranti pintar dan ia secara tidak langsung memberi tahap kebergantungan kepada peranti semakin bertambah saban tahun.

Berdasarkan satu statistik kajian tempoh masa skrin yang dilaksanakan oleh beberapa firma kajian digital mendedahkan bahawa tempoh masa skrin individu pada hari ini adalah purata tiga jam 15 minit setiap hari.

Jika melihat kepada pecahan kedudukan negara pula, Malaysia menduduki tangga kesembilan dengan purata setiap individu melihat skrin telefon pintar adalah empat jam 49 minit.

Angka itu sebenarnya bertambah sebanyak 22.8 peratus berbanding tahun lalu dengan penambahan satu jam enam minit.

Jiran kepada Malaysia, iaitu Indonesia menduduki tangga kelapan dengan tempoh masa skrin mencecah empat jam 56 minit iaitu peningkatan 24.7 peratus berbanding tahun lalu.

Ironinya, untuk kedudukan 10 negara tertinggi yang menghabiskan lebih banyak waktu di skrin telefon pintar, tidak ada satu negara maju yang berada pada kedudukan berkenaan.

Paling dekat dekat kedudukan itu adalah Turkiye di tangga ke-15 dengan tempoh masa skrin empat jam 16 minit manakala Amerika Syarikat (AS) di tangga ke-27 dengan tempoh masa tiga jam 30 minit.

Jepun pula menjadi negara yang paling berdisiplin untuk tempoh waktu skrin dengan hanya purata individu menghabis masa sekitar satu jam 39 minit pula.

KEBERGANTUNGAN manusia dengan peranti pintar pada hari sudah begitu signifikan dan peranti berkenaan bukan lagi peralatan telekomunikasi konvensional sebaliknya menjadi perkakas penting untuk tugasan harian.
KEBERGANTUNGAN manusia dengan peranti pintar pada hari sudah begitu signifikan dan peranti berkenaan bukan lagi peralatan telekomunikasi konvensional sebaliknya menjadi perkakas penting untuk tugasan harian.

Peningkatan purata tempoh masa skrin ini jika berlaku kepada kanak-kanak di bawah dua tahun akan mendedahkan mereka dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk 'speech delay' yang semakin ramai pada hari ini.

Bagaimanapun, melihat kepada gambaran yang lebih luas, tempoh masa skrin berkenaan mengalami penurunan secara keseluruhan berbanding tahun 2020 sehingga 2022 berikutan tempoh pandemik di seluruh dunia.

Kebanyakan individu banyak menghabis masa dengan peranti pintar mereka kerana pergerakan yang terbatas akibat pandemik Covid-19.

Namun, itu bukanlah satu kelegaan khususnya bagi ibu bapa kerana tempoh masa skrin yang terlalu lama untuk kanak-kanak akan menjejas proses tumbesaran mereka.

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar untuk mengehadkan tempoh skrin ini dengan melakukan penetapan kekunci skrin untuk peranti anak-anak.

PERANTI pintar turut digunakan untuk tugasan rutin harian.
PERANTI pintar turut digunakan untuk tugasan rutin harian.

Pada masa sama, antara fakta yang menarik untuk dilihat adalah kebanyakan pengguna lebih banyak menghabiskan masa di media sosial kerana faktor 'kebosanan' selain mencari maklumat-maklumat terkini.

Secara purata, 51.8 peratus melayari media sosial kerana bosan dan mahu mencari hiburan di pelbagai platform media sosial.

Keseluruhannya, semua data berkenaan memberi gambaran bahawa keupayaan Internet dan peranti pintar sudah mendominasi kehidupan seharian dan ia tidak hanya tertumpu untuk tugasan rutin saja.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2023 @ 7:00 AM