ASUS ROG Phone 6D.
ASUS ROG Phone 6D.
Muhammad Saufi Hassan

 

 

Siapa yang tidak kenal dengan pengeluar kelas permainan iaitu ASUS Republic of Gamers (ROG) dan kali ini, mereka memperkenalkan peranti pintar baharu khusus untuk pemain 'hardcore' permainan mudah alih.

  Menerusi pengenalan ASUS ROG Phone 6D, pemain permainan mudah alih akan menikmati pengalaman permainan ultra tanpa sebarang gangguan.

  Peranti itu juga menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity 9000+ bersama sokongan Unit Pemproses Grafik (GPU) Mali-G710.

  Untuk saiz skrin pula, ASUS ROG Phone 6D ini menggunakan 6.78 inci bersama-sama sokongan skrin AMOLED HDR 10+ dengan kadar segar semula 165Hz.

  Ia juga menggunakan sistem storan 512GB bersama padanan memori (RAM) 16GB LPDDR5X dan kapasiti bateri 6,000mAh sekali gus menjamin jangka hayat penggunaan sepanjang hari.

  Pada masa sama, ASUS turut memperkenalkan edisi terhad iaitu Batman yang turut mempunyai kesan khas Aura RGB bersama kemasan Gotham City semi-matte di bahagian belakang.

  Bagi pembelian peranti edisi Batman berkenaan akan didatangkan dengan AeroActive Cooler 6 sekali gus memastikan peranti berada pada tahap suhu paling optimum.

  Tanda harga untuk ROG Phone 6D dengan tetapan 12GB RAM bersama 256GB adalah RM3,499 manakala untuk ROG Phone 6D Ultimate (16GB / 512GB) adalah RM4,999 dan didatangkan dengan AeroCooler 6.

  

>b/b

Pemproses: Dimensity 9000+

Memori: 12GB / 16GB

Storan: 256GB / 512GB

ASUS ROG Phone 6D.
ASUS ROG Phone 6D.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2022 @ 2:31 PM