PENGGUNA boleh memanfaatkan peranti Apple Watch Series 7 dengan beberapa aplikasi utama.
PENGGUNA boleh memanfaatkan peranti Apple Watch Series 7 dengan beberapa aplikasi utama.
Muhammad Saufi Hassan


SYARIKAT pembangun teknologi terkemuka, Apple tidak pernah gagal dalam memberi penawaran baharu kepada pengguna termasuk kefungsian yang bersifat semasa.

Menerusi peranti boleh pakai terbaharunya iaitu Apple Watch Series 7, syarikat itu memperkenalkan kefungsian yang dekat dengan pengguna.

Ia bukan saja peranti boleh pakai yang bersifat elegan serta didatangkan dengan mod aktiviti riadah, malah siri kali ini tampil dengan keperluan semasa untuk gaya hidup yang lebih bermakna.

#ITMetro pada minggu ini menyenaraikan beberapa aplikasi yang perlu untuk pengguna.

'Mindfullness App' Aplikasi ini mengutamakan mengenai kepentingan untuk mencari waktu tertentu untuk berehat bukan saja daripada aspek fizikal, tetapi minda.

Menerusi aplikasi ini, ia meletakkan dua objektif khusus iai

tu 'Breathe and Reflect' dalam suatu tempoh yang singkat, sekali gus membantu pengguna melupakan kesibukan rutin harian buat seketika.

Kehidupan pasca pandemik ini banyak memberi impak langsung kepada tahap mental seseorang dan aplikasi ini membantu pengguna untuk meredakan ketegangan.

Aplikasi pihak ketiga juga boleh didapati antaranya Headspace, Calm, Endel, Ten Percent Happier dan Meditopia.

Kekal aktif dengan Apple Watch Series 7

Peranti boleh pakai keluaran Apple ini boleh menjadi jurulatih maya kepada pengguna termasuk pembantu peribadi dalam soal kecergasan dan latihan harian.

Untuk itu, pengguna boleh meletakkan sasaran untuk diri sendiri bagaimana untuk kekal aktif sepanjang minggu membabitkan riadah ringan seperti berjalan, bersenam dan sebagainya.

Setiap objektif yang sudah dipenuhi akan menerima 'Anugerah Aktiviti' dan setiap perancangan itu boleh diubah mengikut jadual masa pengguna.

Bagi memberikan daya motivasi yang lebih baik, pengguna juga boleh menghidupan perkongsian aktiviti bersama kawan dan melihat kejayaan satu sama lain.

APPLE Watch Series 7 turut merekodkan bacaan matrik antaranya kadar degupan jantung, oksigen dalam darah dan kadar tidur.
APPLE Watch Series 7 turut merekodkan bacaan matrik antaranya kadar degupan jantung, oksigen dalam darah dan kadar tidur.

Rutin yang konsisten

Menerusi jam Apple Watch Series 7 ini, ia tampil dengan pelbagai sensor utama yang diperlukan oleh kehidupan harian pengguna.

Kunci untuk kesegaran setiap hari adalah kadar kualiti tidur yang baik dan Apple Watch siri baharu ini mampu untuk mengesan tahap tidur pengguna.

Pengguna boleh meletakkan garis masa sesuai untuk tidur pada setiap hari dan setiap kali menghampiri waktu ditetapkan, peranti akan memberikan notifikasi peringatan.

Apple Watch Series 7 juga merekodkan bacaan matrik yang lain antaranya kadar degupan jantung, waktu tidur, oksigen dalam darah dan pelbagai lagi.

Fitness+ bantu pengguna

Penawaran baharu daripada Apple iaitu Fitness+ mampu menjadi ruang aktiviti riadah secara maya untuk pengguna.

Pengguna akan diberikan akses untuk video riadah yang lebih interaktif menerusi peranti iPhone, iPad atau Apple TV, sekali gus memberi motivasi serta galakan yang baik.

Menerusi Fitness+ itu juga, pengguna boleh melakukan meditasi dengan teratur dan memilih tema sesuai seperti 'purpose, kindness, gratitudem awareness' sesuai untuk pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Februari 2022 @ 6:30 AM