MEMBERI ilusi kurus kepada pemakai.
MEMBERI ilusi kurus kepada pemakai.
Siti Nadirah Hafidzin

Kebanyakan wanita tanpa mengira usia mahupun status mengimpikan bergaya cantik tetapi pada masa sama selesa tanpa perlu membataskan pergerakan.

Atas sebab itu ramai bersetuju, cantik dipandang dan selesa digayakan menjadi elemen terpenting dalam proses pemilihan sepasang busana.

Mengilhamkan aspek keselesaan dalam rekaan busana namun tetap menonjolkan rekaan menawan, jenama tempatan, Clasa RTW tampil dengan koleksi indah yang tentu saja memberi peluang kepada setiap wanita untuk bergaya.

Menurut pengasasnya Maisurah Mazlan, memilih rekaan daripada inspirasi ikan duyung menjadikan koleksi Luna 2.0 antara yang terbaik.

CANTIK bergaya.
CANTIK bergaya.

“Kami menambah lipatan pada bahagian tengah busana, lengan yang dikembangkan dan dalam potongan ikan duyung bagi memberi ilusi kurus kepada pemakai.

“Walaupun nampak terkini, rekaan ini juga didatangkan dengan zip sorok di bahagian depan bagi memudahkan ibu menyusukan anak kerana kami tidak mahu golongan itu terlepas untuk bergaya,” katanya.

Maisurah berkata, rekaan itu ditawarkan pada RM219 namun kini dijual pada harga promosi RM189.

 MANIS bergaya.
MANIS bergaya.

“Kami juga menggunakan material krep berkualiti tinggi yang sangat sejuk, beralun dan tidak jarang. Walaupun dikomersialkan, kami tetap mementingkan keselesaan dan pemakai bebas bergerak terutama pada hari-hari sibuk.

Lebih menarik koleksi ini sesuai digayakan untuk pelbagai acara termasuk untuk majlis perkahwinan,” ujarnya.

SELESA dan mudah digayakan.
SELESA dan mudah digayakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 6:56 AM