Bendera Rusia dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung. - FOTO Reuters
Bendera Rusia dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung. - FOTO Reuters
Bernama-Sputnik

Moscow: Akibat serangan pengganas di tempat konsert Dewan Bandaraya Crocus di luar Moscow, 152 orang cedera, termasuk lima kanak-kanak, kata Kementerian Kecemasan Rusia bagi Wilayah Moscow pada Ahad.

"Akibat serangan pengganas itu, 285 orang (termasuk lapan kanak-kanak) cedera, 133 orang mati (termasuk tiga kanak-kanak); 114 orang (termasuk empat kanak-kanak), dibawa ke institusi perubatan dan dimasukkan ke hospital," kata kementerian itu, lapor Sputnik .

Insiden tembakan berlaku pada petang Jumaat diikuti dengan kebakaran besar.

Seorang wartawan Sputnik menyaksikan serangan itu melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga lelaki berpakaian penyamaran memecah masuk ke dalam dewan, melepaskan tembakan berulang kali dan melontarkan bom pembakar.

Sebelas orang telah ditahan berhubung serangan itu, termasuk empat individu yang bertanggungjawab secara langsung, kata Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB).

Keempat-empat mereka ditahan di wilayah Bryansk Rusia bersempadan dengan Ukraine selang beberapa jam, kata FSB.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2024 @ 4:48 PM