Rumah Putih.
Rumah Putih.
Bernama-Sputnik

Washington: Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih memberitahu Sputnik bahawa Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa Rusia mengenai rancangan serangan pengganas terhadap Rusia.

"Awal bulan ini, Kerajaan AS mempunyai maklumat mengenai serangan pengganas yang dirancang di Moscow - yang berpotensi menyasarkan perhimpunan besar, termasuk konsert - mendorong Jabatan Negara mengeluarkan nasihat awam kepada rakyat Amerika di Rusia," kata jurucakap itu pada Jumaat.

"Kerajaan AS juga berkongsi maklumat ini dengan pihak berkuasa Rusia selaras dengan dasar 'kewajipan untuk memberi amaran' yang telah lama wujud".

Insiden tembakan rambang berlaku pada Jumaat di dewan konsert, Dewan Bandaraya Crocus di barat laut Moscow, diikuti kebakaran besar. Berdasarkan data awal, beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan di tempat kejadian.

Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata lebih 60 orang maut dalam serangan itu dan membuka kes siasatan jenayah berhubung serangan pengganas berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mac 2024 @ 2:36 PM