Sebahagian kenderaan yang dilitupi debu. - FOTO Reuters
Sebahagian kenderaan yang dilitupi debu. - FOTO Reuters
Reuters

Petropavlovsk-Kamchatsky, Rusia: Salah satu gunung berapi paling aktif di Rusia meletus di Kamchatka pada Selasa, meletuskan abu dan mencetuskan amaran penerbangan.

Gunung berapi Shiveluch meletus sejurus selepas tengah malam mencapai puncak kira-kira enam jam kemudian, memuntahkan debu di kawasan seluas 108,000 kilometer persegi, menurut Cawangan Kamchatka dari Kaji Selidik Geofizik Akademi Sains Rusia.

Aliran lava jatuh dari gunung berapi, mencairkan salji dan mencetuskan amaran aliran lumpur di sepanjang lebuh raya berhampiran manakala perkampungan dipenuhi dengan abu kelabu sedalam 8.5 sentimeter, paling tebal dalam tempoh 60 tahun.

Gambar menunjukkan awan berkepul-kepul dan kampung-kampung dilitupi abu.

"Abu mencecah 20 kilometer tinggi, abu bergerak ke arah barat dan terdapat debu yang tebal di kampung berhampiran," kata Danila Chebrov, pengarah Tinjauan Geofizik cawangan Kamchatka.

"Gunung berapi sedang bersiap untuk ini sekurang-kurangnya setahun... dan proses itu diteruskan walaupun ia sedikit tenang sekarang," kata Chebrov.

Antara kawasan yang dilitupi debu tebal. - FOTO Reuters
Antara kawasan yang dilitupi debu tebal. - FOTO Reuters

Kira-kira 300,000 orang tinggal di semenanjung Kamchatka yang luas di Rusia.

Gunung berapi itu, salah satu yang terbesar dan paling aktif di Kamchatka, mungkin akan tenang sekarang, kata Chebrov, walaupun dia memberi amaran bahawa letusan abu yang lebih besar mungkin boleh berlaku.

Chebrov berkata aliran lava tidak sepatutnya sampai ke kampung tempatan.

Tiada laporan mengenai mangsa, walaupun saintis berkata gunung berapi itu masih meletus 15 jam selepas permulaan letusan.

Pasukan Tindak Balas Letusan Gunung Berapi Kamchatka (KVERT) mengeluarkan notis merah untuk penerbangan, mengatakan "aktiviti yang berterusan boleh menjejaskan pesawat antarabangsa dan penerbangan rendah."

Beberapa sekolah di semenanjung, kira-kira 6,800 km timur Moscow, ditutup dan penduduk diarah untuk tinggal di dalam rumah, kata ketua wilayah perbandaran Ust-Kamchatsky Oleg Bondarenko dalam siaran Telegram.

"Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri dan adalah mustahil untuk kanak-kanak pergi ke sekolah, dan secara umum, kehadiran kanak-kanak di sini boleh dipersoalkan," kata Bondarenko.

Beliau berkata bekalan tenaga untuk penduduk telah dipulihkan dan bekalan air minuman sedang disalurkan.

Shiveluch telah mengalami dianggarkan 60 letusan besar dalam tempoh 10,000 tahun yang lalu, letusan besar terakhir adalah pada tahun 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2023 @ 5:19 PM