MIKHAIL Gorbachev. FOTO fail AFP
MIKHAIL Gorbachev. FOTO fail AFP
AFP

Moscow: Mikhail Gorbachev, yang mengubah perjalanan sejarah dengan mencetuskan kejatuhan Kesatuan Soviet atau nama rasminya Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR), selain diiktiraf seorang daripada tokoh besar abad ke-20, meninggal dunia di Moscow pada usia 91 tahun.

Kematiannya diumumkan pada Selasa oleh agensi berita Rusia yang berkata, Gorbachev meninggal dunia di sebuah hospital pusat di Moscow selepas sakit yang serius dan lama.

Gorbachev, yang berkuasa antara tahun 1985 dan 1991, membantu membawa hubungan Amerika Syarikat (AS) dan Soviet keluar dari keadaan tegang dan adalah pemimpin terakhir Perang Dingin yang masih hidup.

Beliau ada adalah figura yang paling berpengaruh pada zamannya, dan pembaharuannya sebagai pemimpin Soviet mengubah negaranya serta membenarkan Eropah Timur berpecah membebaskan diri daripada pemerintahan Soviet.

Perubahan yang digerakkannya menyaksikannya beliau dihormati di Barat.

Beliau memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 1990 tetapi ia juga menyebabkan beliau mendapat cemuhan ramai rakyat Rusia yang mengeluh kerana berakhirnya peranan negara mereka sebagai kuasa besar global.

Beliau menghabiskan sebahagian besar daripada dua dekad yang lalu untuk tidak aktif dalam politik, sekali-sekala menyeru Kremlin dan Rumah Putih untuk membaiki hubungan ketika ketegangan memuncak ke tahap Perang Dingin selepas Rusia menguasai Crimea pada 2014 dan melancarkan serangan di Ukraine awal tahun ini.

Hubungannya dengan Presiden Vladimir Putin kadangkala sukar, tetapi pemimpin Rusia itu tetap menyatakan simpati yang mendalam selepas kematian Gorbachev.

"Pada waktu pagi Putin menghantar telegram ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya," kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada agensi berita Rusia.

Gorbachev menghabiskan tahun-tahun terakhir hidupnya di dalam dan di luar hospital dengan kesihatan yang semakin merudum dengan mengasingkan semasa wabak pandemik Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga terhadap koronavirus.

Gorbachev disenangi di Barat, di mana dia dirujuk sebagai Gorby dan terkenal kerana meredakan ketegangan nuklear AS-Soviet pada 1980-an.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2022 @ 9:35 AM