GAMBAR Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé yang dirakam pada 30 Mac 2022. FOTO AFP
GAMBAR Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé yang dirakam pada 30 Mac 2022. FOTO AFP
AFP

London: Sebuah kereta Mercedes-Benz Coupe keluaran 1955, dilelong awal bulan ini pada harga £135 juta (RM646.15 juta) menjadi kenderaan paling mahal di dunia pernah dijual, kata Sotheby's pada Khamis.

"Sebuah Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé 1955 dilelong dengan rekod harga £135 juta kepada pengumpul persendirian," kata firma lelongan kereta klasik itu dalam satu kenyataan.

Kenderaan itu dijual hampir tiga kali ganda daripada rekod sebelumnya, yang dicatatkan pada 2018 oleh Ferrari 250 GTO 1962 yang berharga lebih AS$48 juta dolar.

GAMBAR Mercedes-Benz Rennsportprototyp 300 SLR Uhlenhaut Coupé yang dirakam pada 2 Julai 1955. FOTO AFP
GAMBAR Mercedes-Benz Rennsportprototyp 300 SLR Uhlenhaut Coupé yang dirakam pada 2 Julai 1955. FOTO AFP

Lelongan hanya untuk jemputan khas itu berlangsung pada 5 Mei lalu di Muzium MercedesBenz di Stuttgart, Jerman, kata rumah lelong itu.

Kereta itu adalah satu daripada dua prototaip yang dibina oleh jabatan perlumbaan Mercedes-Benz dan dinamakan sempena pencipta dan ketua juruteranya, Rudolf Uhlenhaut, menurut RM Sotheby's.

"Pembeli yang tidak dinamakan itu bersetuju untuk akan kekal boleh diakses untuk pameran awam pada majlis-majlis khas, manakala 300 SLR Coupe asal kedua kekal dalam pemilikan syarikat dan akan terus dipamerkan di Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart," tambah syarikat lelongan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2022 @ 1:58 PM