BORIS Johnson. FOTO EPA
BORIS Johnson. FOTO EPA
BERNAMA

London: Perdana Menteri Boris Johnson pada Selasa mengumumkan Britain itu akan mengenakan beberapa sekatan ke atas Rusia susulan perkembangan terkini di Ukraine.

Beliau berkata, Britain akan mengenakan sekatan terhadap lima bank Rusia dan tiga individu, lapor Xinhua.

"Sebarang aset yang mereka pegang di United Kingdom (UK) akan dibekukan, individu terbabit juga dilarang melancong ke sini, dan kami akan melarang semua individu serta entiti UK membuat sebarang urusan dengan mereka," katanya.

Tambah beliau, UK tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian diplomatik berhubung situasi di Ukraine.

Menurut laporan, Rusia berikrar untuk bertindak balas jika sekatan baharu dikenakan.

Putin pada Isnin berkata, beliau sedar bahawa Barat cuba "mengugut" Rusia sekali lagi dengan sekatan, tetapi yakin tindakan itu tetap diteruskan hanya kerana kewujudan Rusia dan bukannya disebabkan keadaan di Ukraine.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Februari 2022 @ 10:50 AM