LELAKI bersantai di tepi Tasik Hoan Kiem di Hanoi. FOTO AFP
LELAKI bersantai di tepi Tasik Hoan Kiem di Hanoi. FOTO AFP
Reuters

Hanoi: Pelepasan kenderaan dan habuk halus dari sisa pembinaan menyebabkan ibu negara Vietnam, Hanoi dilanda jerebu, semalam.

Berdasarkan data AirVisual, yang menyediakan maklumat pencemaran udara global bebas melalui aplikasi telefon merekodkan, tahap zarah kecil berbahaya yang dikenali sebagai PM2.5 di udara di Hanoi berada pada 187 mikrogram setiap meter padu pada Isnin, yang tertinggi dalam senarai bandar antarabangsa yang paling tercemar.

Menurut laporan Bank Dunia 2021, pelepasan daripada lapan juta kenderaan berdaftar Hanoi membentuk 30 peratus daripada pencemaran zarah udara dengan pelepasan industri 30 peratus lagi.

Penduduk, Duong Kim Oanh, 58, dia bimbang dengan keadaan terbaharu itu yang boleh menjejaskan kesihatan.

"Saya rasa pencemaran Hanoi disebabkan sejumlah besar kenderaan peribadi dan habuk halus dari semua pembinaan ditambah dengan cuaca sejuk ini," katanya.

Pham Thi Phuong pula berkata, pencemaran itu akan menjejaskan sistem pernafasan sehingga sesak nafas.

Hampir 100 penerbangan di lapangan terbang antarabangsa di Hanoi ditangguhkan atau dilencongkan ke bandar lain pada 2 Februari akibat kabus tebal dan pencemaran udara yang semakin teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2024 @ 10:24 AM