HAMIM (tengah) bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar), Datuk Seri Dr Azimuddin Bahari pada Bengkel Khas Bersama Media: Cabaran NRE dalam Pengurusan Sumber Asli dan Alam Sekitar Secara Lestari, semalam.

Oleh Hayati Ibrahim

Putrajaya: Kerajaan akan memasang parameter berdasarkan habuk halus bersaiz kurang dari 2.5 mikrometer (PM2.5) di 52 rangkaian Stesen Pengawasan Kualiti Udara Kebangsaan selewat-lewatnya pada 2017 untuk menentukan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah membangunkan Standard Kualiti Udara Ambien yang baru dengan memasukkan parameter PM2.5 sebagai satu daripada perkara utama yang akan diambilkira dalam penentuan IPU.

“Setakat ini, 12 stesen di seluruh negara mempunyai alat berkenaan, namun bacaan IPU di negara ini masih menggunakan parameter berdasarkan habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10) memandangkan bukan semua stesen mempunyai parameter PM2.5.

“Kos memasang parameter PM2.5 bagi di semua stesen berkenaan RM6.24 juta manakala kos operasi RM840,000 setahun,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Khas Bersama Media: Cabaran NRE dalam Pengurusan Sumber Asli dan Alam Sekitar Secara Lestari, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Halimah Hassan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 9:36 AM