GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

Beijing: Satu kejadian tanah runtuh di wilayah Sichuan di barat daya China telah mengorbankan 14 orang dan menyebabkan lima hilang, lapor media China CCTV pada Ahad.

Tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan) pada pagi Ahad di kawasan pergunungan berhampiran bandar Leshan di selatan wilayah itu.

Lebih 180 pekerja penyelamat telah dihantar ke lokasi, dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, kata CCTV.

Menurut data penjejakan cuaca, bandar Leshan dilanda hujan lebat sepanjang dua hari sebelum kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Jun 2023 @ 5:33 PM