SINCHUAN sering dilanda banjir akibat hujan lebat. FOTO AFP
SINCHUAN sering dilanda banjir akibat hujan lebat. FOTO AFP
Bernama-Sputnik

Beijing: Lebih 40,000 penduduk dipindahkan dari kawasan yang terjejas akibat banjir di wilayah Sichuan di China, lapor Sputnik memetik China Central Television (CCTV) pada Rabu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 40,596 penduduk di 60 daerah di wilayah itu telah dipindahkan.

Sichuan sering dilanda banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat. Pada tahun lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang maut akibat banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2023 @ 5:33 PM