GUNUNG Anak Krakatau. FOTO Agensi
GUNUNG Anak Krakatau. FOTO Agensi
Agensi

Jakarta: Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda, Indonesia, meletus empat kali, pada semalam.

DetikNews melaporkan, letusan pertama terjadi pada jam 7.27 pagi (waktu tempatan).

Letusan abu dilihat kira-kira 200 meter (m) dari puncak gunung berkenaan.

Kira-kira sejam setengah kemudian, Gunung Anak Krakatau kembali meletus, namun abu dilihat kira-kira 150 m di atas puncaknya.

Begitu juga dengan letusan ketiga pada hari yang sama, letusan abu gunung berapi menyamai letusan kedua dengan abu dilihat setinggi 150 m dari puncak.

Sementara itu, letusan keempat berlaku pada 6.45 petang (waktu tempatan).

Pegawai pemantau gunung berapi dalam laporannya tidak melihat visual letusan gunung berapi itu.

Bagaimanapun, menerusi visual yang dilaporkan, ia kelihatan seperti lava bercahaya memancar dari Anak Krakatau.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2022 @ 11:19 AM