FOTO majlis pertunangan pasangan itu. FOTO Royal Hashemite Court
FOTO majlis pertunangan pasangan itu. FOTO Royal Hashemite Court
Agensi

Riyadh: Putera Mahkota Jordan Hussein bin Abdullah II bertunang dengan warga Arab Saudi Rajwa Khaled Al-Saif semalam.

Majlis itu diadakan di rumah bapa pengantin perempuan di sini, lapor The National.

Gambar majlis pertunangan yang disiarkan di Twitter menyertakan foto lain menunjukkan pasangan itu dengan Raja Jordan Abdullah II, Permaisuri Rania dan keluarga bakal pengantin perempuan di Riyadh.

Majlis turut dihadiri Putera Hassan bin Talal, Putera Hashem bin Abdullah II, Putera Ali bin Hussein, Putera Hashem bin Hussein, Putera Ghazi bin Mohammed, Putera Rashid bin Hassan, dan sebilangan ahli keluarga Al-Saif.

Ratu Rania turut menggunakan Twitter untuk berkongsi kegembiraannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 7:55 AM