PUTERA Mahkota Jordan, Hussein Abdullah (kanan) bersama tunangnya Rajwa Al Saif. FOTO Agensi
PUTERA Mahkota Jordan, Hussein Abdullah (kanan) bersama tunangnya Rajwa Al Saif. FOTO Agensi
Agensi

Amman: Putera Mahkota Jordan, Hussein Abdullah akan mengakhiri zaman bujangnya dengan berkahwin dengan tunang, Rajwa Al Saif, pada 1 Jun depan.

Portal The National News melaporkan, tarikh itu diumumkan oleh istana pada Sabtu yang turut menyertakan bersama gambar pasangan itu.

Pertunangan pasangan itu diumumkan pada Ogos lalu apabila keluarga Putera Hussein bertandang ke rumah tunangnya di Riyadh.

Perkahwinan mereka akan diadakan beberapa hari sebelum ibu bapa Putera Mahkota menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-30.

Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania berkahwin pada 10 Jun 1993, selepas bertemu pada awal tahun itu.

"Saya tidak fikir ia mungkin untuk menyimpan begitu banyak kegembiraan dalam hati saya! Tahniah kepada Putera Hussein dan bakal pengantinnya yang cantik, Rajwa," tulis Ratu Rania sempena pertunangan anaknya.

Pertunangan Putera Hussein sebelum ini diadakan sebulan selepas kakaknya Puteri Iman bertunang.

Tunang kepada Hussein, Rajwa adalah anak kepada ahli perniagaan Arab Saudi, Khalid Al Saif.

Rajwa mendapat pendidikan di Arab Saudi sebelum berpindah ke Amerika Syarikat (AS) untuk menyambung pengajian dalam jurusan seni bina di Universiti Syracuse.

Kakaknya, Puteri Iman pula akan berkahwin dengan Jameel Alexander Thermiotis, seorang pakar kewangan berketurunan Greek.

Lelaki itu dilahirkan di Caracas, Venezuela, pada tahun 1994 dan memiliki Ijazah Pentadbiran Perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2023 @ 8:43 AM