FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Kabul: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh, manakala sembilan lagi cedera dalam letupan bom sebuah bas mini di kawasan didiami masyarakat minoriti Syiah di bandar Herat, barat Afghanistan semalam.

Ketua hospital wilayah Herat, Arif Jalali berkata, bom itu dilekatkan pada tangki minyak bas berkenaan.

"Empat wanita antara tujuh yang terbunuh itu," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Pejabat Perisikan Herat, Sabit Harwi mengesahkan kejadian letupan itu.

"Laporan awal menunjukkan ia adalah bom melekit yang melekat pada tangki minyak kenderaan penumpang," katanya.

Polis wilayah Herat dan jabatan kebudayaan turut mengesahkan letupan bom itu, namun tiada pihak tampil bertanggungjawab atas serangan itu, setakat ini.

Keselamatan di Afghanistan bertambah baik sejak pemberontakan selama dua dekad oleh Taliban berakhir dengan penawanan kumpulan itu di ibu kota Kabul pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, beberapa serangan dilaporkan berlaku setiap minggu di seluruh negara, termasuk beberapa yang didakwa oleh bahagian serantau kumpulan Negara Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 January 2022 @ 9:19 AM