Kakitangan kesihatan menjalankan ujian Covid-19 ke atas pengunjung yang tiba di Terminal Bas Mo Chit - Bangkok di Bangkok, Thailand. - FOTO EPA
Kakitangan kesihatan menjalankan ujian Covid-19 ke atas pengunjung yang tiba di Terminal Bas Mo Chit - Bangkok di Bangkok, Thailand. - FOTO EPA
Reuters

Bangkok: Kementerian Kesihatan Thailand meminta orang ramai tampil mendapatkan dos penggalak selepas kes jangkitan daripada varian Omicron meningkat lebih dua kali ganda pada musim cuti ini.

Ia merekodkan 2,062 kes varian Omicron setakat ini berbanding hanya 740 kes sebelum bermulanya cuti hujung tahun, kata pegawai kesihatan, Supakit Sirilak dalam sidang media.

Dalam kes jangkitan Omicron, 1,105 adalah dalam kalangan warga asing dan selebihnya adalah kontak rapat individu yang dijangkiti itu.

Sehingga kini, Thailand sudah memberikan dua dos vaksin kepada 64.1 peratus daripada kira-kira 72 juta penduduknya, manakala 9.8 peratus sudah menerima dos ketiga.

"Sila dapatkan dos penggalak anda di hospital berhampiran.

"Dos keempat akan diberikan kepada kakitangan kesihatan, barisan hadapan dan kumpulan berisiko, tiga bulan selepas dos ketiga mereka," katanya.

Berikutan kemunculan varian Omicron, bulan lalu Thailand menghentikan skim pelancongan 'Test & Go' yang membolehkan pelancong susah divaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin.

Malah, program sandbox yang dilancarkan sebelum ini juga dihentikan di semua lokasi kecuali Phuket.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 5:39 PM