GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Beijing: Lebih sejuta orang di sebuah bandar di tengah China dikenakan sekatan pergerakan (lockwon) bermula hari ini selepas tiga kes Covid-19 tanpa gejala direkodkan dalam sekatan pergerakan besar-besaran terbaharu negara itu.

Beijing yang memulakan pendekatan 'sifar Covid-19' dengan sekatan sempadan yang ketat dan penutupan yang disasarkan sejak virus itu muncul.

Tetapi strategi itu mendapat tekanan dengan beberapa siri penularan tempatan, baru-baru ini, dan hanya tinggal sebulan lagi menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Yuzhou, sebuah bandar dengan populasi hampir 1.17 juta orang di wilayah Henan mengumumkan mulai malam semalam, semua rakyat dikehendaki tinggal di rumah untuk mengawal penularan virus itu.

Pengumuman itu dicetuskan oleh penemuan tiga kes dalam beberapa hari terakhir.

Mereka yang berada di kawasan tengah tidak dibenarkan keluar, menurut satu kenyataan yang disiarkan semalam.

Semua komuniti akan mewujudkan penghadang dan pagar untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan wabak secara ketat.

Bandar itu mengumumkan perkhidmatan bas dan teksi dihentikan serta penutupan pusat beli-belah, muzium dan tarikan pelancong.

China melaporkan 175 lagi kes baharu Covid-19, termasuk lima di wilayah Henan dan lapan lagi dalam kelompok berasingan yang dikaitkan dengan kilang pakaian di timur bandar Ningbo.

Walaupun kes yang dilaporkan adalah rendah berbanding dengan tempat lain di dunia, jangkitan koronavirus baharu dalam beberapa minggu kebelakangan ini mencapai tahap tertinggi yang tidak dilihat di negara itu sejak Mac 2020.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 1:13 PM