TIANG elektrik di Jambatan Thasab di Muang musnah dalam letupan bom pada malam Jumaat lalu. FOTO Agensi
TIANG elektrik di Jambatan Thasab di Muang musnah dalam letupan bom pada malam Jumaat lalu. FOTO Agensi
Agensi

Yala: Sambutan Ambang Tahun Baru di Yala dikejutkan dengan letupan bom namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Terdapat enam letupan bom iaitu dua di daerah Muang dan empat di Bannang Sata - dan Barisan Revolosi Nasional (BRN) mengaku bertanggungjawab atas letupan itu, menurut Ketua Polis Wilayah Yala, Mejar Jeneral Tinnakorn Rangmat.

Di daerah Muang, letupan berlaku di dua tempat iaitu yang pertama merobohkan dua tiang elektrik di Lebuhraya 409 di Ban Tha Sap atau kampung Moo 1 tambon Tha Sap.

Bom kedua meletup di tiang elektrik berhampiran loji kuasa di Ban Phong Yirai di tambon Phong Yirai.

Di daerah Bannang Sata, bom meletup di empat kawasan.

Bom pertama meletup di tiang kuasa di tepi Lebuhraya 410 bertentangan dengan kilang memproses kayu getah di kampung Ban Pa Wang atau Moo Satu.

Letupan kedua dan ketiga berlaku di tiang elektrik dan tiang isyarat telefon bimbit di persimpangan-T Ban Bue Su atau kampung Moo Enam.

Letupan keempat berlaku berhampiran tiang kuasa di Ban Kasang atau kampung Moo Tiga di tambon Tano Puto.

Menurut Ketua Polis Wilayah Yala, Mejar Jeneral Tinnakorn Rangmat., letupan itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa tetapi menyebabkan beberapa tiang elektrik tumbang dan mengakibatkan penduduk bergelap.

Bagaimanapun, ia segera dibaiki dan bekalan kuasa disambung semula sejurus selepas itu.

Semua bom itu dibuat secara tempatan dengan silinder pemadam api dan ditetapkan masa untuk meletup.

Pegawai itu bagaimanapun tidak mendedahkan masa sebenar enam letupan itu berlaku.

Beliau berkata BRN menyiarkan di laman webnya, mendakwa bom itu adalah kerja "pahlawan generasi baharu" untuk menunjukkan potensi mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 12:00 PM