PASUKAN perubatan bergegas membantu mangsa yang cedera setibanya di hospital.
PASUKAN perubatan bergegas membantu mangsa yang cedera setibanya di hospital.
AMBULANS memenuhi hospital di Yala membawa mangsa yang cedera.
AMBULANS memenuhi hospital di Yala membawa mangsa yang cedera.
KEADAAN di satu daripada 14 lokasi letupan bom
KEADAAN di satu daripada 14 lokasi letupan bom

YALA (Thailand): Sekurang-kurangnya 11 cedera akibat letupan beberapa bom yang menggegarkan beberapa kawasan di daerah Muang, malam tadi.

Pemerintah tentera di Yala, Jeneral Udomdej Sitabutr memberitahu TNN 24 bahawa 11 orang cedera akibat letupan bom yang dipasang di 14 lokasi di daerah berkenaan tetapi tiada yang cedera parah.

Menurutnya, bom berkenaan ialah bom paip yang dipasang militan sebagai amaran mereka mampu meneruskan pemberontakan di wilayah selatan Thailand.

Jeneral itu meminta orang ramai bertenang dan menasihatkan mereka jangan keluar rumah kerana pasukan keselamatan sedang mengambil langkah perlu bagi mengawal keadaan.

“Tolong jangan panik. Orang ramai sewajarnya jangan keluar rumah jika tidak perlu bagi mengelak kekeliruan pada anggota pasukan keselamatan yang membuat rondaan,” katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak mengenakan perintah berkurung.

Udomdej berkata, pasukan keselamatan diarah berjaga-jaga di wilayah lain di selatan Thailand berikutan pengeboman di Yala itu.

Menurut pihak berkuasa. bom yang digunakan dalam serangan malam tadi sama dengan bom yang meletup di daerah Yaha pada 4 Mei lalu. Dalam kejadian itu empat bom meletup tetapi tiada kecederaan atau kematian. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 1:17 AM