SEUNGRI. FOTO fail AFP
SEUNGRI. FOTO fail AFP
AFP

Seoul: Bekas bintang K-pop, Seungri dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan mengaturkan pelacuran dan pertuduhan lain berhubung skandal dadah dan seks.

Hukuman diputuskan oleh sebuah mahkamah tentera, pada Khamis.

Seungri, 30, adalah bekas ahli kumpulan BIGBANG.

Dia bersara daripada industri hiburan ketika skandal berkenaan dilaporkan secara meluas dan kemudiannya, menyertai khidmat tentera.

Dia didapati bersalah atas semua sembilan pertuduhan, menurut laporan beberapa media.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 3:42 PM