KEBAKARAN berkenaan. FOTO Twitter
KEBAKARAN berkenaan. FOTO Twitter
AFP

Baghdad: Sekurang-kurangnya 52 orang maut, manakala 22 lagi cedera selepas wad isolasi Covid-19 di sebuah hospital di Iraq terbakar, kata pegawai rasmi.

Kebakaran itu di hospital Al-Hussein di Nasiriyah, bandar selatan negara itu pada lewat Isnin.

Api bagaimanapun dapat dikawal oleh pasukan pertahanan tempatan.

Sumber perubatan dengan direktorat kesihatan memberitahu AFP bahawa 'sebab utama kebakaran... adalah letupan tangki oksigen'.

Jurucakap pihak berkuasa kesihatan tempatan, Haydar al-Zamili berkata, pada awal Selasa, 52 mayat dibawa keluar, dan angka terkini, 22 individu cedera.

"Mangsa meninggal dunia kerana cedera bakar dan pencarian masih diteruskan," katanya sambil menambah ada kemungkinan masih ada mangsa terperangkap di dalam bangunan

Wad itu mempunyai 70 katil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 8:59 AM